Wednesday, October 15, 2014

KISAH IMAM AL-GHAZALI DAN NABI MUSA
DI ALAM ARWAH
OLEH: Jawi " MARBAWI ' Al-Kurdiy

 
Dalam sebuah hadits disebut “ulama-ulama dikalangan umatku seperti nabi-nabi Bani Israel”. Artinya walaupun sudah tiada nabi selepas kewafatan Nabi Muhammad s.a.w., namun ulama dikalangan umatnya tetap mendapat pahala sama seperti nabi dikalangan Bani Israel sekiranya mereka menjalankan tugas dengan baik.

Diceritakan bahawa Imam Ghazali (ulama dikalangan umat Nabi Muhammad s.a.w) pernah bertemu dengan Nabi Musa as (nabi dikalangan Bani Israel) di alam arwah.

Nabi Musa bertanya kepadanya ” Siapa namamu ?

“Imam Ghazali menjawab ” Namaku Muhammad bin Muhammad bin Muhammad Al Ghazali”.

Nabi Musa marah dan berkata kepadanya ” Saya tidak tanya nama bapamu dan datukmu, saya tanya siapa namamu”.

Imam Ghazali berkata ” Jika saya bersalah kepadamu saya minta maaf, tetapi kamu telah bersalah kepada Allah dan kamu tidak meminta maaf”.

Nabi Musa sangat terkejut dan berkata ” Apa salahku kepada Allah?”

Imam Ghazali menjawab ” bukankah Allah telah bertanya kepadamu : “Dan apa (bendanya) yang di tangan kananmu itu wahai Musa? Sebagaimana dalam Firman Allah SWT (QS. Thaa-Ha:17)

Seharusnya kamu cukup menjawab ditangan kananku adalah tongkat, tapi kamu menjawab panjang lebar: Ini ialah tongkatku; aku bertekan atasnya semasa berjalan, dan aku memukul dengannya daun-daun kayu supaya gugur kepada kambing-kambingku dan ada lagi lain-lain keperluanku pada tongkat itu. Sebagaimana dalam Firman Allah SWT (QS. Thaa-Ha:18)

Nabi Musa berkata: “Tuhan itu adalah kekasih kita, maka aku mengambil peluang itu untuk bercakap panjang lebar dengannya. Imam Ghazali pula mengatakan “Begitulah aku, kamu juga adalah kekasih aku, maka aku juga mengambil kesempatan untuk bercakap panjang lebar denganmu”.

(REFERENSI : TAFRIJUL KHAATHIR FI MANAQIB SYAIKH ABDUL QADIR. KARYA: SYAIKH ABDUL QODIR AL-ARBALI)

No comments:

Post a Comment